Friday, 24 June 2011

GUNUNG BUJANG MELAKA

Lokasi: Kampar, Perak
Ketinggian: 1234m / 4048'


Gunung Bujang Melaka mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Terletak di Hutan Simpan Sahum Kampar. Ianya bermula dari Kawasan Perkelahan Air Terjun Batu Berangkai Kampar. Ketinggian yang mencecah 4048 kaki menyebabkan suasana sejuk dan dingin pada pengunjung yang bermalam dipuncaknya mahupun di Camp Lebah. Di Camp Lebah para pendaki yang tiba dinasihatkan agar berhati-hati semasa tiba dengan tidak membiarkan baju basah diletakkan merata-rata kerana lebah yang ada disana memang gemar menghurungnya.


Last water point adalah di Camp Lebah. Perjalanan ke puncak tidak jauh dari Camp Lebah. Puncak ditandakan dengan beirut. 




di batu dinding
sejam lg ke Camp Lebah

rumah org asli

puncak




Minimum: 20 pendaki


Costing:
Guide: RM15/pax
Permit: RM10/pax
food/ration: RM15/pax*
t-shirt: RM30/pax*


*optional

Thursday, 23 June 2011

GUNUNG TOK WAN & BUKIT BROGA

Lokasi: Semenyih
Ketinggian: Broga 400m / Tok Wan 675m



Gunung Tok Wan yang terletak di Broga, Semenyih. Gunung Tok Wan ini merupakan kelangsungan dari Bukit Broga yang kebiasaannya pendaki akan naik pada hujung minggu. Perjalanan dari ke Bukit Broga adalah 30 minit dan dari puncak Broga ke Gunung Tok Wan adalah 2 jam. 

Untuk mendaki gunung ini tidaklah sukar kerana kita hanya melalui permatang dan sekali-sekala memanjat batu tapi tidaklah teruk sangat. Laluan denai yang telah ditanda memudahkan perjalanan. Perjalanan jika dikira mudah berbanding mendaki Bukit Broga kerana kecerunannya tidaklah 45 darjah dan tidak panas kerana kita melalui hutan yang tebal.

Pendaki boleh memulakan pendakian seawal jam 7 pagi dan tiba di Puncak Broga kira-kira sejam kemudian iaitu pada jam 8. Boleh berehat 10-15 minit untuk mengambil angin sebelum bergerak ke Gunung Tok Wan yang memakan masa 2-3 jam perjalanan, kira-kira 11 tengahari pendaki boleh sampai di puncak. Di sana terdapat pangkin di mana kita boleh berehat dan ada papan tanda puncak untuk kita mengambil gambar kenang-kenangan.

Di Bukit Broga pula jangan lupa untuk mengambil gambar kerana pemandangannya memang cantik dan memukau. Kawasan pergunungan ini berdekatan dengan Taman Arnab dan University of Nottigham, Kampus Malaysia, Air Terjun Sungai Tekala.


Broga..





minimum: 20 pendaki

Costing:
Guide: RM10/pax
Food/ration: RM15/pax (sekiranya bermalam)*
Food/ration: RM10/pax *
t-shirt: RM30/pax*

*optional

GUNUNG BUNGA BUAH

Pendakian Gunung Bunga Buah
Lokasi: Genting Highlands



Gunung Bunga Buah adalah antara tempat latihan pendaki-pendaki gunung. Gunung ini boleh didaki dalam masa sehari atau pendaki boleh juga bermalam di puncak gunung ini.
Gunung Bunga Buah didaki dari kawasan Genting Highland. Terdapat dua pintu masuk ke gunung ini. Satu dari simpang belakang Hotel Sri Malaysia dan satu lagi dari bulatan besar selepas Pondok Polis di jalan ke Genting Highland.
Kedua-dua tapak mula ini merupakan laluan berbatu bekas jalan kuari dan bertemu antara keduanya. Sumber air boleh diambil di alur air di tepi jalan kuari bagi yang mendaki dari Bulatan manakala bagi pendaki yang mendaki dari Sri Malaysia boleh mengambil air paip di pondok pengawal apartment di belakang Sri Malaysia.
Pendaki hanya perlu menyusur sepanjang trek hutan di tepi laluan kuari untuk sampai ke puncak gunung. Trek gunung ini mengikut permatang dan ada satu tempat berbatu yang agak menarik sebelum tiba puncak dipanggil Rock Garden. Panorama pusat peranginan Genting Hingland jelas dari sini.
Puncak gunung ini ditanda dengan beirut. Tapak khemah di puncak selesa untuk 20 - 30 orang.

laluan permulaan trail ke puncak

trail GBB


puncak Bunga Buah



minimum: 20 pendaki

Costing:
Guide: RM15/pax
Food/Ration: RM15/pax*
Permit: RM10/pax
t-shirt: RM30/pax*

*optional

GUNUNG RAJAH

Pendakian Gunung Rajah
Lokasi: Bentong, Pahang
Ketinggian: 5526'

Trek ke gunung ini mula dari jalan balak tinggal 1KM dari Air Terjun Camang. Namun pendaki boleh memintas trek balak tersebut dengan mendaki bukit di belakang Pejabat Ranjer hingga ke trek balak. Walaupun trek untuk mendaki bukit ini agak mencanak tetapi rata-rata sepanjang trek balak adalah landai sahaja.
Trek kemudian agak redup tapi masih di bekas trek balak, checkpoint seterusnya cuma bekas tapak khemah kecil (kem site pertama), dari sini pendaki boleh melihat puncak G. Rajah, beberapa langkah kedepan ada anak sungai merentangi trek.
Kemudian pendaki akan bertemu sungai berjeram iaitu Air Terjun Naning. Pendaki perlu meneruskan pendakian dengan melintas sungai ini.
Air sungai dingin dan nyaman tapi awas air sungai akan menjadi begitu deras apabila hujan di hulu. Trek dari air terjun agak landai, pendaki tidak perlu menggunakan tangan mahupun dagu untuk memanjat. 
3-5 jam trekking dari Air Terjun Nading, pendaki akan tiba puncak satu permatang, jika cuaca baik dan cerah pendaki akan nampak dinding batu yang membentuk formasi gunung Rajah serta puncaknya. Berada diatas puncak bermakna pendaki perlu turun ke lurah sebelum mendaki kembali. Cabaran seterusnya adalah mendaki dinding batu 90 darjah tegak. Tali yang sedia diikat membantu pendakian.
Sumber air terakhir (Last Water Point) berada tidak jauh dari trek, deruan air terjun mini boleh didengari. Hanya beberapa langkah dari trek pendaki boleh pergi mengambil air bekalan. Setengah jam berikutnya pendakian agak mencanak, pendaki perlu menggunakan tangan untuk memanjat dan memaut pada akar-akar yang merentangi trek hingga sampai ke puncak.
Panorama di puncak menarik dengan sudut pandangan 360 darjah serta angin di puncak bertiup dingin. Puncak ditandakan dengan satu batu tanda seperti bola/sfera terbenam di tengah batuan di puncak. Kemsite bagi pendaki yang ingin tidur di puncak hanya ke bawah sedikit dari puncak.

air terjun Naning

puncak!!!
anda boleh nampak puncak dari lokasi bonzai..

view dari puncak Rajah


Minimum: 20 pendaki


Costing:
guide: RM20/pax
permit: RM10/pax
Food/ration: RM15/pax*
t-shirt: RM30/pax*

*optional

GUNUNG BERINCANG

Program: Pendakian Gunung Berincang
Lokasi: Berincang, Cameron Highland, Selangor
Ketinggian: 6664'


Gunung Berincang merupakan puncak gunung tertinggi yang mempunyai jalan turap. Perjalanan bermula dari Pekan Berincang, pendaki akan melalui trail path1 untuk ke puncak. Perjalanan ke puncak agak landai, dan berlumut ketika hampir ke puncak. Keseluruhan trail ini agak mencabar kerana pendaki akan memanjat batu dengan berpaut pada akar pokok. Pendaki juga berkemungkinan melalui kawasan berselut sekiranya hari hujan. Pendaki akan menemui kawasan jana kuasa pencawang TNB sebelum tiba ke kawasan pondok di puncak. 
Terdapat menara di puncak ini yang membolehkan para pendaki melihat 360 darjah permandangan Cameron Highlands dari atas puncak. Pendaki juga boleh bermalam di puncak tetapi diingatkan angin amat sejuk pada waktu malam.

perjalanan dari pekan Berincang

laluan trail


trail berlumut menuju puncak


puncak berincang

watchtower di puncak



Minimum: 20 pendaki


Costing:
Guide: RM15/pax
Permit: RM10/pax
Food/Ration: RM15/pax*
T-shirt: RM30/pax*


*optional

GUNUNG NUANG

Program: Pendakian Gunung Nuang
Lokasi: Hulu Langat, Selangor
Ketinggian: 4899' / 1493m

Laluan pendakian bermula dengan menyusuri jalan batu kerikil, kemudian masuk ke jalan balak lama atau jalan tanah merah. Keadaan muka bumi mula mencanak dan sesekali pendaki terpaksa menuruni bukit. Laluan diselang seli tanah merah dan jalan tar.


Satu wakaf didirikan di penghujung jalan balak yang boleh dilalui menggunakan pacuan 4 roda. Bangku-bangku turut ditempatkan sebagai tempat rekreasi Sg. Loloh. Pendaki perlu menyusuri laluan bersebelahan palong air sepanjang laluan hingga ke rumah Empangan Loloh. Kemudian melintasi empangan sebelum tiba di Kem Loloh. Kawasan kem agak luas dan mampu menampung 200 pendaki.


Kem Loloh biasanya menjadi tempat bermalam para pendaki. Hanya dua kali melintasi sungai melepasi kem sebelum memulakan pendakian ke puncak. Laluan pendakian mencanak dan lebar memandangkan laluan adalah bekas laluan balak lama. Laluan akan menjadi licin bila hujan.


Laluan balak lama tamat sebaik tiba di Kem Pacat. Kini, pacat sukar ditemui di kem ini. Ada satu sumber air di bawah cerun curam Kem Pacat ini. Tidak ramai pendaki yang menuruni cerun ini melainkan betul-betul kehabisan air ataupun bermalam di Kem Pacat ini. 


Dari Kem Pacat laluan pendakian terus mencanak menyusuri tangga-tangga akar kayu. Terdapat satu puncak anak Nuang dikenali sebagai PUncak Pengasih sebelum sampai ke puncak Gunung Nuang. Keadaan muka bumi mulai lembab dan berlumut hingga ke puncak. Puncak gunung ini ditanda dengan sebuah beirut. Kawasan puncak boleh memuatkan sebilangan pendaki untuk bermalam dan menikmati panorama malam.


Pokok-pokok agak tinggi di puncaknya namun terdapat kawasan tinjau untuk melihat panorama Lembah Klang terutama Bandaraya Kuala Lumpur. Jelas kelihatan pencakar-pencakar langit di Kuala Lumpur seperti Menara Petronas, Menara Kuala Lumpur menara Rebung dan yang lain lagi. Di satu sudut pula boleh dilihat kawasan tadahan empangan Hulu Langat, juga kawasan tadahan empangan Klang Gate berserta Bukit Tabur. 

trail sepanjang pendakian...

trail ke Puncak Pengasih

Puncak Gunung Nuang

view dr Puncak Nuang


Minimum: 20 pendaki

Costing:
Guide: RM15/pax
Permit: RM10/pax
Food/Ration: RM15/pax*
T-shirt: RM30/pax*

*optional

GUNUNG DATUK

Program: Pendakian Gunung Datuk
Lokasi: Hutan Lipur Gunung Datuk, Kota, Rembau, NS
Ketinggian: 2000'


Perjalanan bermula dari Tugu Keris Hutan Lipur, pendaki perlu turun ke jeram dan trail bermula dari seberang sungai. Satu jambatan dibina bagi memudahkan pendaki menyeberang sungai. Kecerunan trail hingga ke pondok pertama kebanyakannya hampir 90 darjah. Tali disediakan bagi memudah pendaki berpaut semasa pendakian.
Dari pondok pertama kecerunan trail agak berkurangan dan adakalanya landai. Menghampiri puncak trail cerun trail makin menegak. Talian komunikasi boleh diterima disepanjang trail hingga ke puncak.


Pendaki perlu memanjat tangga besi yang disediakan untuk ke puncak. Keadaan puncak terdiri daripada bongkah-bongkah batu besar. Pendaki boleh bersantai di puncak dengan panorama perkampungan serta landasan kereta api selain Selat Melaka saujana mata memandang. Di puncak gunung ini juga terdapat kesan tapak kaki di atas batuan yang dikatakan tapak kaki Hang Tuah.




suasana sekitar pendakian....


trail mendaki yg agak mencanak...

view dr puncak..

puncak Gunung Datuk..


Minimum: 20 pendaki


Costing...
Guide: RM15/pax
Permit: RM10/pax
Entrance Fee: RM5/pax
Food/Ration: RM15/pax*
T-shirt: RM30/pax*


*optional